Rakyat sokong PKP dilanjutkan

0
195

CYBERJAYA – Perutusan Khas Perdana Menteri pada pukul 4 petang ini dijangka akan mengumumkan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan atau tidak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut meletakkan poster mengenai perutusan tersebut dalam akaun Facebook miliknya kira-kira sejam lalu dan mendapat pelbagai reaksi.

Tinjauan Malakat Tribune dalam ruangan komen Facebook milik Perdana Menteri itu rata-rata menyokong agar pelaksanaan PKP diteruskan untuk fasa berikutnya.

Reaksi positif itu menunjukkan rakyat sentiasa bersama kerajaan memerangi dan memutuskan rantain wabak pandemik Covid-19 yang kian merebak.

Antara komen ialah dari Rahman Rahman yang menyokong penuh apa jua keputusan kerajaan kerana setiap tindakan yang diambil pastinya untuk keselamatan rakyat.

“Salam penghulu segala hari TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang kami hormati…Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk seisi keluarga.

“Kami menyokong penuh apa jua keputusan yang kerajaan buat…asalkan demi keselamatan rakyat keseluruhannya. Sokongan kami tanpa berbelah bahagi kepada kerajaan ,” katanya.

Sementara itu, John Chung berharap kerajaan bukan sahaja melanjutkan PKP tetapi, mengenakan perintah berkurung sepenuhnya untuk tempoh dua minggu.

“Bukan hanya lanjutkan PKP, kerajaan patut kenakan perintah berkurung sepenuhnya untuh tempoh dua minggu sebab dengan pengenalan PKP masih ramai yang ingkar.

“Ia menyebabkan kadar kes wabak Covid-19 semakin meningkat. Demi kesejahteraan rakyat kerajaan patut buat yang terbaik,” katanya.

Selain itu, Nurul Aimi berkata, sebaiknya PKP dilanjutkan selain menyarankan agar semua pihak membantu barisan hadapan negara menangani wabak Covid-19.

“Sebaiknya PKP diilanjutkan, kita bantu sama-sama ‘frontliners’. Jika dilanjutkan, saya juga cadangkan pelajar yang berada di kampus dibenarkan pulang dengan prosedur tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Amirul Khan berkata, demi kesejahteraan rakyat PKP patut dilanjutkan.

“Semoga PKP dilanjutkan demi kesejahteraan rakyat. Kepada rakyat, jangan ingkar arahan. Duduk rumah kecuali ada kecemasan.

“Doakan agar wabak ini segera pulih, kita boleh sambut raya dengan tenangnya kalau diberi peluang tahun ini. Para pekerja boleh bertugas seperti biasa,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here