Ramadan ini bina kebahagian bersama keluarga

0
143

APA Khabar Orang Kita…Marhaban Ya Ramadan, hari ini merupakan hari pertama umat Islam menunaikan ibadah puasa, semoga kita dapat mendepani pelbagai dugaan dan cabaran di bulan mulia ini.

Seperti sedia maklum, Ramadan tahun ini semuanya berbeza…jadikan kelainan yang dihadapi ini sebagai garis panduan baharu dalam kehidupan untuk terus beramal soleh dengan sempurna.

Jika dahulu kita bertarawih di surau dan masjid, kini kita menunaikannya bersama keluarga dirumah. Jika dahulu berduyun-duyun ke bazar Ramadan, kini kita nikmati air tangan kelurga dirumah.

Indah percaturannya, disaat kita berdepan pandemik Covid-19, jangan lupa rahsia keagungan yang diberikan kepada umatnya, gunakan lah kesempatan ini untuk bina kebahagian bersama keluarga.

Sesungguhnya ketika ini, ketua keluarga perlu memainkan peranan penting untuk membentuk keluarganya agar diberkati Ilahi selain memastikan proses pembinaan keluarga dalam aspek fizikal dan mental berjalan dengan efektif.

Keutuhan institusi keluarga adalah penting untuk membentuk generasi insan mulia dan cemerlang walaupun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Di bulan Ramadan ini, proses pembentukan institusi keluarga yang berkualiti perlu diteruskan, pelbagai kaedah boleh dilaksanakan bersama keluarga termasuk bertarawih, membaca al-Quran malah di dapur ketika menyediakan juadah juga.

Bagi membina kebahagian dalam Ramadan ini juga, tidak salah jika kita menganjurkan majlis ilmu dalam kalangan keluarga seperti bermuzakarah, ia dapat galakkan percambahan idea bagi menyuburkan budaya ilmu di rumah.

Semoga bermanfaat-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here