Ramadan : Waktu operasi pengangkutan awam diawalkan, pasar ditutup lewat

0
51

CYBERJAYA – Trend penangkapan individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan penurunan sekali gus membuktikan kesedaran masyarakat semakin meningkat terhadap kepentingan langkah itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 penting dan usaha itu harus dimainkan dengan kerjasama semua pihak.

“Kita lihat dalam masa dua hari ini penurunan dari segi jumlah penangkapan berlaku dan ini disebabkan kesedaran pematuhan rakyat semakin meningkat. Kita harap trend ini berterusan.

“Sebenarnya kejayaan yang dicapai Kementerian Kesihatan (KKM) bergantung kepada pematuhan rakyat kerana hanya menerusi cara ini, rantaian Covid-19 akan diputuskan,” katanya dalam sidang akhbar pelaksanaan PKP di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 763 individu ditahan kerana ingkar PKP semalam berbanding 865 pada hari sebelumnya.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 648 individu sudah direman polis dan 115 lagi diberi jaminan polis. Sebanyak 860 lagi akan dituduh di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, hari kesembilan PKP fasa ketiga semalam, sebanyak 835 sekatan jalan raya dilakukan di seluruh negara.

“Sebanyak 581,942 kenderaan diperiksa serta 41,184 pemeriksaan mengejut dengan 6,658 premis diperiksa,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, waktu operasi perkhidmatan pengangkutan awam akan diawalkan sejam bermula 4 petang hingga 10 malam pada Ramadan ini.

Ia berikutan, ramai pekerja dan kakitangan dibenarkan pulang awal oleh majikan masing-masing.

Ismail Sabri Yaakob, berkata, pasar juga akan dibuka sehingga pukul 2 petang bagi tujuan pembelian barang keperluan.

“Sebelum ini, pasar basah akan dibuka sehingga pukul 12 tengah hari sahaja tetapi bagi memudahkan orang ramai membeli persediaan berbuka puasa dan sahur, ia akan dilanjutkan sehingga pukul 2 petang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here