Ramai kagum lihat Raja Permaisuri Agong siapkan ‘potholder’ ketika kuarantin

0
271

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan kemahiran memasak, namun sejak kebalakangan ini baginda memuat naik aktiviti hasil tangannya, ‘crochet’.

Terkini, Tunku Azizah berkongsi hantaran dalam laman Instagram miliknya bagaimana baginda menyiapkan ‘potholder’.

“Siap dah..alhamdulillah,” tulis baginda.

Ramai pengikut laman Instagram baginda yang melahirkan rasa kagum atas inisiatif Tunku Azizah yang kreatif mengait termasuklah ketika sedang menyiapkan sehelai selimut yang berwarna warni.

Menariknya hari demi hari, baginda memuat naik pelbagai rupa hasil tangan yang telah siap untuk dikongsi dalam Instagramnya.

“Duduk diam-diam, biar tangan buat kerja,” kongsi baginda yang tetap setia melakukan pelbagai aktiviti menarik termasuklah sebelum ini berkongsi gambar menyediakan santapan untuk suami baginda ketika baginda berdua melakukan kuarantin di bilik berasingan.

Baginda pernah bertitah, setiap wanita tanpa mengira latar belakang atau agama mahupun siapa suaminya, tetap bertanggungjawab untuk menyediakan hidangan untuk suami dan keluarga.

“No matter who you are, who you are married to, regardless of race, wealth, religion or creed, you are still a wife. It’s our duty to serve our husband and family, and I rather quite enjoy it! Serve with love (Tidak kira siapa anda, siapa yang anda kahwini, apa bangsa anda, kekayaan, agama mahupun kepercayaan anda, anda tetap seorang isteri. Kita bertanggungjawab terhadap suami dan keluarga, saya menyukainya! Berkhidmatlah dengan penuh kasih sayang),” titah baginda.

Baginda bertitah, meskipun setiap hari petugas Istana Negara akan menghantar pelbagai santapan seperti nasi lemak, mi goreng, mihun goreng atau kuetiau goreng, baginda akan tetap menyediakan sarapan untuk santapan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam hantaran terdahulu satu perkongsian yang turut membuatkan warga maya kagum di atas usaha baginda apabila memaklumkan sarapan kegemaran Yang di-Pertuan Agong sangat ringkas, iaitu hanya telur masak.

“Setiap pagi saya siapkan sarapan untuk Tuanku Agong…nasib baiklah Tuanku memang santap hanya telur setengah masak untuk breakfast (sarapan).

“Beginilah kami setiap hari, kami self quarantined dan distancing (kuarantin sendiri dan penjarakan sosial). Saya akan pakai mask (topeng muka) dan gloves (sarung tangan) untuk masak sendiri untuk Tuanku Agong,” titahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here