‘Ramai keluarga tiada beras, tepung hendak habis’

0
1018

RAUDHAH CITY – Misi Zero Hunger dalam membantu golongan  terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19 dieruskan apabila 1,000 bungkusan bekalan makanan diagihkan ke lima kawasan.

Agihan bekalan makanan itu dilakukan oleh pasukan Brainy Ranger Emergency Respon Team (BERT) meliputi lima kawasan iaitu Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Shah Alam, Negeri Sembilan dan Pahang.

Menerusi satu hantaran akaun rasmi Facebook Malakat Mall, sejak PKP dilaksanakan, pihaknya menerima 26,000 permohonan untuk dibantu.

Tambah kenyataan itu, pihaknya telah mendapat kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk terus beroperasi membantu keluarga yang memerlukan.

“Bayangkan..dikala di atas meja makan kita masih ada makanan siap boleh cuba-cuba pelbagai resipi, ramai lagi keluarga yang beras pun dah tak ada, tepung pun dah nak habis. 

“Sekiranya orang dewasa mungkin boleh tahan lagi. Apa yang kami sayu dan hiba sangat adalah anak-anak kecil yang belum mengerti itu. 

“Terima kasih bagi anda yang telah menyumbang. Allah saja yang tahu betapa gembiranya hati-hati mereka yang bakal terima sumbangan anda ini,” katanya.

Tambah kenyataan itu, kerajaan sedang dalam proses untuk membantu golongan yang susah itu namun dalam tempoh kritikal ketika ini sudah ada banyak keluarga telah terputus bekalan makanan.

“Lebih banyak jumlah sumbangan, lebih ramai dapat kita bantu. Mari kita bantu lebih ramai keluarga. Demi tiada keluarga yang lapar!,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan dalam membantu golongan memerlukan boleh berbuat demikian dengan melayari www.sadaqahmarket.com . – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here