Rancang perniagaan pasca Covid-19

0
182

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA-Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM), Mohd. Fadzil Hashim berkata, terdapat begitu banyak ruang dan peluang untuk usahawan serta ahli perniagaan menambah pendapatan selepas selesai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mohd. Fadzil berkata, walaupun seluruh ekonomi dunia terkesan akibat virus pendamik ini, namun ia satu peluang untuk usahawan ‘install’ sistem baharu dalam perniagaan masing-masing.
“Covid-19 memberi banyak ruang dan peluang yang tak pernah berlaku dalam sejarah moden dunia.

“Contohnya tempoh enam bulan tidak perlu membayar pinjaman bank, sebagai usahawan kita perlu melihat dalam sudut positif dan menilai semua peluang yang wujud untuk dimulakan, ” katanya ketika menjadi tetamu dalam Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan dalam saluran RTM1 pagi ini.

Beliau berkata, walaupun banyak usahawan dan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terkesan akibat PKP, namun sebenarnya tempoh arahan itu adalah tempoh waktu yang baik untuk kita berfikir secara solid dan membuat perancangan.

” Usahawan perlu mengkaji dan menilai bisnes yang akan meletup pasca Covid-19 contohnya servis santasi awam yang dilihat sebagai salah satu perniagaan yang akan meletup selepas Covid-19,” katanya.

Beliau turut menyarankan supaya usahawan mula mengambil peranan membekalkan produk dalam bentuk makanan asas bagi menjamin keselamatan makanan negara (food security) di negara ini.

“Jika sebelum ini Malaysia mengimport sejumlah RM50 billion makanan untuk rakyat negara ini, kita mungkin boleh mengurangkan import sekurang-kurangnya RM30 billion dan ini peluang usahawan hasilkan sendiri makanan contohnya di kawasan kampung mengusahakan perladangan, ayam, ikan dan sebagainya, ” katanya.

Sebagai pengguna pula, katanya, tempoh enam bulan tidak perlu membayar pinjaman bank perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Kalau wang yang ada disimpan dan tidak dibelanjakan, ia akan merosakkan ekonomi negara kita kerana setiapp ringgit yang dibelanjakan di peringkat peruncitan datangkan pelbagai kesan,” katanya.

Selain itu beliau turut menyarankan pengguna menjadi ahli KoPPIM iaitu satu platform untuk pengguna bersatu.

” Pengguna perlu bersatu dalam satu kolaborasi contohnya di bawah KoPPIM dengan menjadi ahli, supaya dapat kita bantu keluar selepas Covid-19 ini menjadi kuat, bukan semakin lemah.

“Orang yang gagal merancang adalah merancang untuk gagal.. Ambil ruang dan peluang untuk merancang sekurang-kurangnya dengan menjadi ahli KoPPIM,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here