Raudhah Grocer Bergerak tawar ayam segar RM11 di empat lokasi bermula hari ini

0
304

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

RAUDHAH CITY – Raudhah Grocer Bergerak memulakan perkhidmatan bermula hari ini ke empat lokasi terpilih bagi menawarkan ayam segar pada harga RM11 seekor.

Dalam perkongsian akaun Facebook Raudhah Grocer memaklumkan antara lokasi terpilih adalah sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Putra Perdana Puchong.

“Dapatkan Ayam Segar pada hanya RM11 Seekor! Saiz ayam antara 1.6 hingga 2 kilogram dan dijamin halal.

“Kami sembelih subuh dan terus bawa kepada anda hari yang sama.

“Kami memahami ramai yang tidak dapat keluar ke Raudhah Grocer untuk memilih ayam segar. Oleh itu, kami usahakan untuk bawa ayam segar ini ke kawasan anda,” katanya.

Pada masa sama, orang ramai juga diingatkan supaya menjaga keselamatan dan mengikut semua garis panduan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pakai topeng muka dan jaga jarak anda ketika dapatkan ayam dari lori Raudhah Grocer Bergerak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here