Rawatan penyakit kanser, kronik tidak ditangguh

0
147

Rawatan untuk pesakit kanser berjalan seperti biasa meskipun negara berhadapan wabak Covid-19. Gambar hiasan

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkhidmatan kesihatan lain termasuk rawatan penyakit kanser tetap diberi perhatian seperti biasa meskipun negara berhadapan dengan penularan wabak Covid-19.

Sehubungan itu, beliau berkata, sekiranya terdapat pertangguhan rawatan ia mungkin disebabkan perkara lain.

“Perkhidmatan hospital kerajaan kepada rakyat masih berterusan iaitu mereka yang menerima kemoterapi dan sebagainya. Kita masih teruskan perkhidmatan.

“Tetapi untuk pesakit kanser biasanya kalau kita ambil darah dahulu. Kalau darah menunjukkan memang tidak sesuai untuk kita beri kemoterapi berkenaan, mungkin kita tangguhkan,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berita negara jiran yang melaporkan pesakit kronik di negara ini terpaksa menangguhkan rawatan kanser selama 15 hari untuk memberi tumpuan kepada rawatan mereka yang dijangkiti Covid-19.

Berikutan itu, Dr. Noor Hisham menegaskan bahwa dakwaan itu tidak tepat dan ia tiada kena mengena dengan penularan wabak Covid-19 atau terdapat hospital yang ditutup.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here