Rebut peluang berniaga sepanjang Ramadan

0
104
Gambar hiasan

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

BULAN Ramadan merupakan bulan di mana setiap individu memanjatkan doa untuk istiqomah memperbaiki diri.

Selain dapat meningkatkan ketahanan fizikal dan rohani ramai juga yang berani mengambil risiko untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Apatah lagi apabila menjadi usahawan segera sebaiknya senada dengan perumpaan kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Memanfaatkan peluang  sepanjang bulan Ramadan ketika ini adalah satu bentuk kekuatan diri  yang jarang-jarang orang boleh lakukan.

Pernah juga terfikir apakah jenis perniagaan yang benar-benar mendapat permintaan tinggi terutama musim-musim semua duk terkurung dalam rumah.

Adakah laku mengambil upah jahit baju, menjual bahan bacaan, menyediakan perkhidmatan penghantar makanan, menjadi ‘runner’ kampung menghantar keperluan dapur  atau memasarkan peralatan membuat biskut dan kek sempena menyambut Aidilfitri nanti.

Itu antara jenis-jenis perniagaan yang terlintas dan sering diguna pakai di kampung-kampung malah kini di bandar-bandar.

Bayangkan caj untuk COD  ‘cash on delivery’ sahaja boleh jana pendapatan RM50 sehari.

Itu pun jika ambil upah RM2 untuk 25 pesanan sehari, jika lebih lain pula upahnya.

Sebab itu ramai cikgu-cikgu, pekerja swasta  malah suri rumah  kini berani mengambil peluang menambah pendapatan pada waktu-waktu ini.

Gambar hiasan

Tidak kiralah pandai berniaga atau tidak kemahiran dan keberanian dalam mencuba atau  memulakan perniagaan itulah harus dipuji.

Penulis sendiri ada kalanya memasang hasrat untuk berniaga  selepas melihat ramai insan-insan sekeliling meraih pendapatan tambahan yang lumayan.

Tetapi adakah jenis-jenis perniagaan seperti itu tidak mempunyai persaingan.

Ternyata, sesuatu produk atau barang yang dijual seharusnya mempunyai daya tarikan tersendiri bak kata pepatah alah membeli menang memakai supaya dapat membezakan perniagaan kita dengan orang lain.

Terdapat usahawan menyediakan produk atau makanan yang unik sebagai tarikan kepada pelanggan.

Cuma perlu fikir baik-baik kaedah dan keberangkalian pelanggan yang benar-benar memilih produk atau makanan anda.

Penulis nak ucapkan tahniah kepada peniaga yang baharu sahaja menceburkan diri berniaga ketika dunia sedang kecoh dengan penularan Covid-19 ini. Memang rezeki anda!

Peniaga yang sudah lama bertapak mungkin sudah tiba masanya mencari idea lebih menarik mempromosikan produk dengan ‘ packaging’ atau label yang unik sebagai tarikan kepada pelanggan baharu.

Sudah pasti jika idea itu berjaya, anda memang berani dan hebat.

Akhir sekali penulis mendoakan  perniagaan anda terus mendapat sambutan.

Siapa lagi nak bantu orang kita kalau bukan kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here