Resipi Keema daging kambing atau lembu

0
726

CYBERJAYA – Pelbagai resipi boleh didapati dalam laman sosial atau laman sesawang yang membolehkan masyarakat menghidangkan kepada keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Berikut resipi Keema Daging Kambing atau Lembu yang dikongsi akaun Facebook Azizi Safar yang dikatakan makan bersama capati lebih sedap.. Selamat memasak.

Resipi Keema Daging Kambing atau Lembu

Bahan-Bahan
1 kg Daging Kambing/Lembu Kisar
3 biji Bawang Besar
5 ulas Bawang Putih
4 cm Halia
2 batang Kulit Kayu Manis
6 kuntum Bunga Cengkih
1 sudu serbuk cili (nak pedas tambah)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
2 sudu yogurt asli
3 sudu pes tomato
Garam secukup rasa

Cara Memasak

-Panaskan minyak dalam periuk. (Boleh juga pakai mentega atau minyak sapi campur dengan minyak masak). Masukkan bawang besar yang dicincang. Goreng (sautè) hingga keperangan.
-Masukkan semua rempah ratus dan kacau hingga rata. Masukkan pes tomato dan yogurt. Kacau 10 minit dengan api sederhana. Boleh tambah air jika perlu untuk elak bahan-bahan hangus.
-Masukkan daging kisar. Sautè daging selama 2 minit dan tambah secawan air. Masak hingga mendidih. Setelah mendidih reneh dengan api kecil selama 45 minit. Done.
-Oops! Lupa. Masukkan peas hijau sebelum matikan api. No harm kalau letak hirisan daun ketumbar sebagai hiasan. Jangan pulak daun limau purut. – MBN

▪
▪
▪
▪


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here