Rezeki buat 150 keluarga terjejas terima bantuan NGO

0
321

KUALA LANGAT – Seramai 150 keluarga menerima bantuan berupa barang makanan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini baru-baru ini.

Menurut wakil NGO, Pengerusi Pertubuhan Pusat Dalam Komuniti Bandar Botanic, Datuk Nor Shabudin Monil, pihaknya mendapat kerjasama sebuah pasar raya setempat bagi menjayakan program tersebut.

“Kita bekerjasama dengan lain-lain NGO untuk membantu masyarakat luar bandar yang berada dalam kesusahan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Langkah memberi sumbangan ini adalah tepat selaras dengan penyambungan PKP hingga 12 Mei depan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan di Jugra di sini.

Yang hadir sama ialah Pengerusi 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Muhd.Ali Zakariah.

Nor Shabudin berkata, tanpa sokongan ahli NGO dan pihak korporat usaha untuk membantu golongan yang susah tersebut sukar dilakukan.

“Justeru saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penderma dan ahli NGO yang bertungkus-lumus melaksanakan program tersebut.

“Kita juga mengucapkan ribuan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi kebenaran untuk kami menyampaikan sendiri sumbangan makanan berbentuk sayur-sayuran ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here