‘Rezeki dapat tuan rumah baik hati’

0
367

CYBERJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  membuatkan banyak sektor terpaksa menghentikan operasi sebagai menyahut seruan kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Kesannya bukan sahaja kepada majikan tetapi juga pekerja yang terpaksa dicutikan atau berkerja dari rumah bagi mengelak menjadi mangsa jangkitan wabak tersebut.

Sudah tentu bagi golongan pekerja yang belum memiliki kediaman sendiri dan menyewa rumah pasti bimbang kerana sering dihantui tuan rumah untuk menuntut sewa bulanan.

Namun tidak semua orang mempunyai tuan rumah baik hati dengan melonggarkan bayaran bulanan itu dalam musim Covid-19 ketika ini.

Bagi  seorang pemilik akaun Twitter Fakrulemran @fakrul_zaman, dia bersyukur kerana mempunyai tuan rumah yang bertolak ansur dan memahami situasi dihadapinya untuk membayar sewa bulanan.

“Rezeki lagi daripada tuan rumah untuk bayaran sewa. April suruh bayar RM300 je. Mei tak perlu bayar ye. Kalau duduk pun suruh bayar RM150 sahaja. 

“Semoga murah rezeki encik Firdaus ini lagi. Tuan rumah paling baik dan pemurah pernah dapat,” ciapnya yang dimuat naik kelmarin sehingga mendapat lebih 5,400 ulang kicau dan 9,200 tanda suka.

Ciapan Fakrul mendapat reaksi daripada pengikutnya dengan menyifatkan dia bertuah kerana mempunyai tuan rumah yang baik hati.

Seorang pengikutnya dikenali Nimelesh@HausofHilton berkata, mereka mahukan tuan rumah seperti itu ketika ini.

Seorang lagi pengikutnya, SR@syeerazak mendoakan semoga Allah memperluaskan pintu rezeki buat tuan rumah tersebut.

Bagi @captsancho7 pula tidak ramai tuan rumah memiliki sifat sedemikian.

“Ada segelintir tuan rumah tetap nak sewa jalan (bayar sewa rumah) jika dapat moratorium keraa mereka pula yang nak lebihan wang.

“Tak bayar kepada bank tapi penyewa kena bayar sewa. Penyewa susah tuan rumah tidak fikir keadaannya,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here