Rezeki jual produk sanitasi lonjak nama Merolz

0
138

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Perniagaan berasaskan kecantikan selalunya menjanjikan pasaran terkenal sehingga ramai usahawan berjaya.

Dengan pengalaman dan strategi perniagaan yang dimiliki itu jugalah menjadi perangsang untuk usahawan mengeluarkan produk yang membantu memberi manfaat kepada pengguna.

Ini terbukti apabila Pengarah Merolz, Nor Syariza Othman berkongsi pandangan mengenai produk kecantikannya yang mendapat sambutan di pasaran dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Pengarah Merolz, Nor Syariza Othman

Menurutnya, apabila kerajaan mengumumkan PKP jualannya terpaksa tertumpu di beberapa platform dalam talian seperti Shopee, Lazada, Air Asia Ourshop, AMAXXMALL dan laman web Merolzwww.merolzbeauty.com

“Menariknya, selain produk kecantikan Merolz yang mengeluarkan produk kosmetik berasaskan bahan semula jadi iaitu kayu gaharu dan cendana kami juga mengeluarkan produk ‘essentials’ aitu ‘organic hand sanitizer’ di mana antara produk yang semakin laris di seluruh Malaysia.

“Dari mula PKP lagi tempahan yang diterima sehingga mencecah puluhan ribu botol bersaiz 100ml dan 500ml,” katanya yang masih bekerja keras memastikan pengeluarannya mencukupi bagi permintaan pasaran bagi kegunaan industri- industri yang dibenarkan beroperasi.

Nor Syariza berkata, alhamdulillah setakat ini bahagian pengeluaran Merolz dapat menampung permintaan itu.

Katanya, ini termasuklah 500 botol bersaiz 100 ml ‘organic hand sanitizer’ masih boleh didapati di Raudhah Grocer, Malakat Mall.

Produk sanitasi yang dikeluarkan turut mendapat sambutan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengulas mengenai produk Buy Muslim First (BMF), beliau berkata, Merolz merupakan salah satu produk penjagaan kulit muka milik bumiputera yang dapat memasuki pasaran runcit dan ‘hypermarket’.

Jelasnya, dengan sokongan BMF itu juga Insya-Allah, produk kecantikan kepunyaan “BMF” dapat bersaing dengan jenama -jenama terkenal lain.

“Buat masa ini kami akan meneruskan pengeluaran produk sanitasi ini bagi memenuhi permintaan pasaran bukan sahaja bagi kegunaan individu malahan industri terlibat.

“Harapan saya supaya pengeluaran produk dan perniagaan bumiputera lebih banyak memfokuskan keperluan dan kehendak pasaran terutama semasa Covid-19 di mana dapat membuka ruang baharu perniagaan atau produk bumiputera memenuhi keperluan semasa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here