‘RM11 seekor ayam memang berbaloi’

0
752

Oleh NORDEN MOHAMED

RAUDHAH CITY – Semakin ramai penduduk di komuniti Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil dan Putra Perdana, Puchong gembira mendapatkan bekalan Ayam Segar Raudhah Grocer yang diedarkan terus ke komuniti mereka.

Masing-masing teruja kerana harga RM11.00 untuk seekor ayam itu amat berpatutan. Mereka juga berpuas hati kerana mendapati ayam yang dibekalkan itu memang bersih dan segar. Setakat ini, lebih 2,000 ekor ayam telah terjual.

Sejak Jumaat lalu, Raudhah Grocer dan Malakat Delivery membekalkan ayam ke komuniti di sekitar Cyberjaya termasuk di Neo, Pinggiran Cyber, Serin Residency dan juga Cyberia.

Di Putrajaya pula edaran Ayam Segar Raudhah Grocer meliputi kawasan kuarters dan juga pangsapuri di Presint 5, Presint 6 dan Presint 9.

Komuniti di kawasan sekitar taman-taman di Dengkil juga berpeluang mendapat bekalan ayam.

Sementara itu, bagi penduduk Putra Perdana Puchong, bekalan Ayam Segar Raudhah Grocer meliputi kawasan rumah flat Dahlia, Kiambang, Siantan dan banyak lagi.

Apa yang menarik, penduduk yang tinggal di kawasan yang sempit atau kawasan perumahan yang tinggi tidak perlu bimbang. Outrider bermotosikal Ayam Segar Raudhah Grocer akan membantu anda mendapatkan ayam hingga ke depan pintu.

Ternyata projek ini mendapat sambutan dari komuniti.

Menurut salah seorang Perancang Projek, Ash Syahid Salleh, “Para penduduk amat berpuas hati mendapat perkhidmatan ayam segar Raudhah Grocer ini. Malah, terdapat dalam kalangan mereka yang menyuarakan hasrat agar mendapat bekalan ayam pada bulan Ramadan yang bakal menjelang.”

Projek yang baharu berusia tiga hari ini ternyata mendapat sambutan hangat. Para penduduk di kawasan yang lebih jauh sudah mula menghantar mesej menyuarakan agar perkhidmatan bekalan ayam dapat sampai ke komuniti mereka.

Anda yang ingin mendapatkan perkembangan Kedai Bergerak Ayam Segar ini dan juga jika inginkan bekalan sampai ke komuniti anda, boleh menyertai kumpulan WhatsApp khas di pautan bit.ly/AyamSegar_KedaiBergerak_RaudhahGrocer. – MBN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here