RM2.7 bilion pinjaman mudah diluluskan

0
151

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz mengumumkan sebanyak RM2.7 bilion dana pinjaman mudah, sudah diluluskan kepada 5,000 pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) oleh bank tempatan sehingga 15 April lalu.

Melalui perkongsian laporan kedua pencapaian pelaksanaan pakej Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) di Facebooknya hari ini, beliau berkata, untuk subsidi upah Perkeso pula, permohonan diluluskan membabitkan RM1.13 bilion subsidi daripada 159,000 majikan yang memohon bagi 947,000 pekerja masing-masing.

Katanya, bagi pinjaman skim kredit mikro, lebih RM45 juta diluluskan untuk perniagaan mikro oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dan TEKUN Nasional sehingga 19 April lalu.

“Bagi dana pinjaman mudah PKS di bawah kelolaan Bank Negara Malaysia (BNM), ia meningkat daripada RM1.5 bilion untuk 3,000 peniaga PKS pada minggu lalu.

“Secara keseluruhan, RM6.3 bilion diperuntukan untuk dana pinjaman mudah itu dan dengan jaminan kerajaan sehingga 80 peratus, saya yakin ini mendorong bank untuk memudahkan kelulusan dan kelulusan akan meningkat dalam seminggu akan datang,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, melalui pinjaman skim kredit mikro, secara keseluruhan RM700 juta pinjaman disediakan kepada BSN dan TEKUN Nasional dengan faedah sifar peratus untuk 1,500 perniagaan mikro, di mana 900 daripadanya di bawah skim BSN dan 600 di bawah TEKUN Nasional.

Jelasnya, melalui geran khas Prihatin khusus untuk perniagaan mikro dibuka pada 1 Mei ini dengan peniaga yang layak dapat menerima RM3,000 setiap satu.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here