Roti canai terbang ‘delivery’ dapat sambutan

0
328

CYBERJAYA- Roti canai canai terbang anak Melayu di restoran Bunch-Oh Malakat Mall yang dijual secara dalam talian mendapat sambutan menggalakkan.

Pengarah Food & Baverage Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, sehingga pukul 3 petang tadi lebih 100 keping roti canai terbang telah dipesan oleh pelanggan.

Beliau berkata, semua pesanan itu akan dihantar mulai esok kerana konsep yang digunakan ialah tempahan awal sehari bagi memudahkan urusan.

“Pasukan penghantaran segera ‘Malakat Cloud Kitchen Delivery Service’ diwujudkan bagi menghantar setiap pesanan dengan minimum sekitar RM15 hingga RM20.

“Selain itu, roti canai segera juga telah dipesan sebanyak 50 bungkus dengan setiap bungkusan mengandungi lapan keping roti canai,” katanya ketika dihubungi Malakat Tribune hari ini.

Mengulas mengenai keistimewaan roti canai terbang, Aziz berkata, pihaknya memberi jaminan pelanggan akan menerima roti yang panas dan lembut.

“Menu roti canai ini bercirikan lembut sampai ke petang. Kami akan bawakan roti canai dalam ‘heat container’ untuk mengekalkan kepanasannya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aziz berkata, selain roti canai terbang, Malakat Cloud Kitchen Delivery Service turut menawarkan pizza, kebab-lah, pasta serta minuman untuk ‘delivery’.

“Untuk pizza setakat ini kita mendapat pesanan lapan set, setiap set ada dua pizza. Harga yang ditawarkan amat berpatutan untuk semua nikmati,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here