Saingan Liga Bolasepak Malaysia tetap tidak dibenarkan

0
189

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Saingan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang tertangguh sejak 16 Mac lalu masih tidak boleh diteruskan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengemukakan permohonan rasmi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pihak tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan kerajaan yang tidak membenarkan sebarang bentuk perkumpulan dan perhimpunan.

“SOP yang ditetapkan, sebarang bentuk perkumpulan adalah tidak dibenarkan.


Perlawanan bola sepak tidak tidak dimainkan seorang tetapi dalam pasukan, berdasarkan SOP itu sahaja sudah tentu ia tidak boleh dibenarkan, “katanya.

Ismail Sabri berkata peserta perlawanan bola sepak di atas padang melibatkan 22 pemain berbeza dengan sukan badminton yang tidak melibatkan sentuhan antara pemain.

” Sepanjang perlawanan mungkin akan berlaku kontak fizikal antara pemain, berdasarkan SOP tentu saja tak boleh dibenarkan,” katanya.

Beliau menjelaskan, walaupun selepas PKP ditamatkan, terdapat SOP baharu yang akan diperkenalkan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 berterusan.

” Walaupun selepas PKP ditamatkan, tidak bermakna rakyat boleh bebas seperti sebelumnya.

Akan ada SOP baharu yang akan diperkenalkan dan perlu dipatuhi seperti perhimpunan beramai-ramai tidak dibenarkan,” katanya.

Jelasnya, MKN kini sedang menyediakan SOP selepas tempoh PKP ditamatkan.

” Apa sahaja berkaitan perhimpunan dan perkumpulam masih tidak benarkan namun tempoh arahan itu masih sedang dibincangkan berdasarkan situasi semasa, “katanya.

Walaupun timbul gesaan daripada penyokong supaya saingan Liga Malaysia (Liga M) dibatalkan susulan Covid -19, FAM mencari jalan bagi memastikan saingan itu dapat diteruskan.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam menjelaskan pihaknya dan Liga Bolasepak Malaysia sudah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), untuk memberi penerangan berhubung perancangan mereka bagi kelangsungan bola sepak Malaysia selepas berakhirnya PKP nanti.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here