Saringan kedua di Menara Plaza City One

0
95

CYBERJAYA-Kementerian Kesihatan akan melakukan saringan kedua di Menara Plaza City One, di Jalan Munshi Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, saringan itu bagi mengesan kes positif Covid-19.

Katanya, sebelum ini petugas kesihatan sudah mengunjungi setiap kediaman berkenaan untuk mengambil sampel ujian.

“Kita menyaring dan pergi dari unit ke setiap unit (kediaman) dan pastikan penghuni akan daftarkan diri.

“Mungkin ada seorang dua yang terlepas saringan. Jadi kita ingin jalankan saringan kedua untuk penghuni di sana,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan bahawa terdapat penghuni di kediaman berkenaan terlepas saringan pertama.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here