[VIDEO] Sasar 100,000 keluarga B40 diberi bantuan Zero Hunger Malakat Mall

0
226
Pengerusi Brainy Bunch, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (dua kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penduduk PPR Taman Wahyu, Gombak yang terpiih.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

GOMBAK – Sumbangan Zero Hunger Malakat Mall di bawah Yayasan Brainy Bunch dan Malakat Mall disasarkan kepada 100,000 keluarga B40 di seluruh negara.

Pengerusi Brainy Bunch, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, setakat ini sumbangan Zero Hunger Malakat Mall telah diagihkan kepada kira-kira 7,000 buah keluarga.

Katanya, sumbangan berupa bahan makanan itu diberikan bukan sahaja di sekitar Kuala Lumpur tetapi meliputi beberapa negeri termasuk Pahang dan Melaka baru-baru ini.

Sasar 100,000 keluarga B40 dibantu

“Sasaran kami adalah untuk mengumpul RM5 juta dan setakat ini RM600,000 telah dikumpulkan hasil derma daripada rakan-rakan serta rakyat Malaysia dan kita akan teruskan di bulan Ramadan nanti.

“Sasaran kita adalah memberi sumbangan kepada 100,000 buah keluarga di seluruh negara tanpa mengira bangsa dan agama. Jika mereka tergolong dalam B40 dan layak, Insya-Allah mereka layak menerima,” katanya.

Pengerusi Brainy Bunch, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (dua kiri) merakam kenangan bersama-sama sukarelawan BERT ketika di PPR Taman Wahyu untuk menyampaikan sumbangan kepada penerima.

Beliau berkata demikan selepas menyampaikan sumbangan Zero Hunger Malakat Mall kepada penerima terpilih di Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Gombak.

Kira-kira 240 penerima dari PPR Taman Wahyu menerima sumbangan Zero Hunger Malakat Mall yang disampaikan Syed Zainal Abidin.

Syed Zainal Abidin berkata, pemberian sumbangan kali ini menumpukan kepada penduduk PPR yang mana penerima berkemungkinan tidak mempunyai pekerjaan dan tiada pendapatan.

Katanya, pemberian sumbangan itu adalah usaha pihaknya bagi membantu kepada mereka meringankan beban.

Menurutnya, pemberian bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah penting dan diharapkan lebih ramai untuk menderma bagi membantu.

“Sesiapa yang ingin menderma ke Malakat Mall, boleh masuk ke Sadaqah Market atau https://sadaqahmarket.com/ dan Insya-Allah kita akan maklumkan dari semasa ke masa,” katanya. – MBNews.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here