‘Saya beli semua besi buruk itu’ – Ustaz Ebit Liew

0
692

CYBERJAYA- Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Liew terus membantu golongan memerlukan ketika ini walaupun berdepan kecaman segelintir yang kurang senang dengan tindakannya itu.

Terbaharu, dalam status Facebook miliknya, Ustaz Ebit memaklumkan beliau telah membantu seorang lelaki yang dikenali sebagai Pakcik Ismail mencari rezeki dengan menjual besi buruk.

“Sebak menangis bila tengok gambar adik Mohd. Hasraf Mohd. Yazid seorang anak muda yang prihatin keadaan Pakcik Ismail. Tahniah adik…ramai yang ‘tag’ (tanda) saya dalam Facebook adik Hasraf.

“Dari Hospital Serdang terus ke Sri Damansara. Kasihan pakcik ni. Terperangkap di sini, kaki sebelah tiada. Dengan kaki sebelah cari rezeki jual besi, itulah pendapatan hidupnya. Tengah malam tadi orang ‘tag’ saya, Rasa dah tak boleh nak tidur,” katanya.

Menurut Ustaz Ebit, isteri Pakcik Ismail mempunyai masalah mental selain turut mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah di sekolah menengah dan rendah.

“Setelah memujuknya kerana terperangkap di sini, hujan dan panas dekat khemah bawah jambatan. Insya-Allah saya tengah tunggu lori untuk bawa pakcik ni balik ke rumahnya di Sungai Buloh.

“Dengar kisah hidupnya saya menangis. Insya-Allah saya berniat hadiahkan motor roda tiga padanya,,” katanya.-MT

“Saya beli semua besinya dengar harga mahal sedikit. Bagi duit belanja, Pakcik ni susah. Dia nak motor roda tiga untuk cari rezeki lepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here