‘Saya bukan orang Islam, boleh ambil barang ini?’

0
15913

CYBERJAYA – Seorang sukarelawan berkongsi kisahnya mengenai bantuan dihulurkan menyentuh hatinya kerana masalah dihadapi golongan B40 bukan sahaja masyarakat Islam tetapi bukan Muslim turut menerima kesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu dikongsi seorang pemilik akaun Facebook, Hafiz Din ketika menghantar bantuan kepada golongan memerlukan baru-baru ini.

Menurut Hafiz, dia menyampaikan bantuan itu kepada satu keluarga kaum India yang menghadapi masalah bekalan barangan asas sudah kehabisan.

Berikut antara catatan beliau yang dikongsi dalam akaun Facebook miliknya.

Saya bukan org Islam. Boleh ambilkah barang ini?

“Boleh ‘aunty'”.

“Kami tolong semua orang”

“Banyak-banyak terima kasih. Saya punya barang makan habis. Duit sudah tiada. Saya kalau kerja baru ada dapat duit.”

Terukir senyuman penuh tanda kesyukuran pada wajah mereka bila menerima bantuan. Allah.,.Kesian mereka..Masih belum diberi hidayah. Ya Allah ampuni kami. Sebab akhlak kami yang buruk masih ramai manusia yang belum mengenali-Mu.

Alhamdulillah gembira sangat bila Allah buka peluang untuk kongsi rezeki dengan bukan Muslim supaya mereka nampak akhlak dan sifat orang Islam.

Satu mesej yang jelas kepada mereka, dalam Islam membuat kebaikan tidak dibataskan dengan kaum atau agama.

Berbuat baik dan menolong insan yang dalam kesusahan adalah perintah Allah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (Surah Al-Mumtahanah, ayat 8)

Kami masih menerima banyak permohonan. Mereka sangat-sangat dalam kesusahan..Tambahan yang ada ramai anak kecil..Dana yang kami ada tak banyak mana, walaupun kami kerdil, insya-Allah kami usaha berjuang dengan gagah.

Ayuh bersatu hati membantu insan-insan yang memerlukan. Semoga dengan kita menyebarkan kebaikan ini rahmat Allah SWT turun mencurahi bumi Malaysia yang dicintai.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan menyumbang ke akaun Maybank 555014210761 atas nama Maahad Tahfiz As-Salihin. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here