Sebelum naiki pesawat dapatkan surat kebenaran polis

0
280

CYBERJAYA – Orang ramai yang mahu pergi ke negeri lain melalui udara perlu mendapatkan surat kebenaran daripada polis sebelum menaiki pesawat. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat penerbangan domestik di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan Firefly.

Beliau difahamkan seramai 479 penumpang menggunakan lapangan terbang tersebut bagi tujuan itu.

“Polisi kerajaan berhubung pergerakan antara negeri adalah sama. Sama ada melalui jalan darat, udara atau laut sekali pun perlu mendapat kebenaran daripada pihak polis.

“Jadi, penumpang-penumpang yang ingin menggunakan penerbangan hanya dalam kes-kes kecemasan sahaja yang dibenarkan. 

“Saya berharap mereka yang ingin pulang melalui pesawat perlu berjumpa dengan polis untuk dapatkan kebenaran sebelum menempah tiket penerbangan,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Beliau menambah, dibawah Akta 342 adalah menjadi kesalahan jika mereka bergerak lebih dari 10 kilometer boleh dikenakan tindakan tanpa sebarang alasan kukuh.

Mengenai penerbangan domestik dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak pula, beliau berkata, sesiapa sahaja sahaja yang pulang ke negeri-negeri itu akan wajib dikuarantin di sana.

“Tiada timbul isu bagaimana status kesihatan dan sebagainya, mereka tetap wajib dikuarantin jika transit lama di Semenanjung.

“JIka mereka telah dikuarantin di Semananjung tidak perlu dikurantin di sana kecuali jika tidak dikuarantin maka wajib mengikuti proses itu di negeri terbabit,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here