Sekarang bukan masa pentingkan diri!

0
151

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

Hari berganti hari, minggu berganti bulan..hey! dah hampir sebulan jugaklah berkurung di rumah ye..Degil betul Covid-19 ni!

Sempena malam Nisfu Saaban malam tadi, penulis yakin semua umat Islam pasti memanjatkan doa agar dugaan yang bukan hanya menimpa kita di negara ini malah di seluruh dunia berakhir segera.

Dengan izin Allah SWT, moga-moga doa kita semua dimakbulkan. Amin!

Kita perlu yakin untuk terus berjuang menghapuskan rangkaian Covid-19 di negara ini seperti mana yang dikatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Kita belum memenangi peperangan ini, namun kita juga tidak kalah,” katanya.

Bersemangat rasanya untuk turut bersama-sama dalam perjuangan ini, tapi perlu diingat kejayaan itu hanya akan dapat dicapai dengan kerjasama pelbagai pihak termasuklah rakyat sendiri.

Tapi itulah, kalau dilihat perangai sesetengah rakyat boleh sakit jantung jugaklah rasanya, sama degil dengan virus Covid-19!

Bercerita mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ke dua ini, penulis mahu berkongsi salah satu situasi yang menunjukkan kedegilan dan sikap mementingkan diri sendiri segelintir rakyat yang rasanya tidak langsung mengambil berat situasi yang dihadapi negara kini.

Laluan khas untuk untuk barisan hadapan diwujudkan memastikan semua pergerakan penting pada masa PKP ini berjalan lancar.

Laluan ini hanya dikhaskan untuk kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) petugas media serta lain-lain agensi yang terbabit dalam PKP.

Walaupun telah ditegas dan dijelaskan fungsinya, masih ada lagi individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan laluan ini. Kenapa degil sangat?

Ramai juga pengguna Facebook meluahkan kebimbangan serta rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kalau dah ramai-ramai gunakan laluan ini, apa akan berlaku sekiranya berlaku sebarang kecemasan ?malah perbuatan ini hanya akan menyusahkan orang lain saja.

Ada yang kata beberapa laluan khas ini terpaksa ditutup gara-gara kedegilan segelintir pihak yang menyalahgunakan kemudahan tersebut.

Wahai rakyat Malaysia, ini bukan masa untuk kita mementingkan diri sendiri, ini masa untuk kita jaga kita agar si degil Covid-19 ini dapat dihapuskan segera.

Pishang la duduk rumah dekat sebulan ni..anda tak mahu ke keadaan pulih seperti biasa?

Kalau mahu, bersama-samalah kita patuhi segala arahan yang telah diberikan pihak berkuasa! MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here