Sektor ekonomi terpilih akan dibuka secara berperingkat – Perdana Menteri

0
115
Beberapa sektor ekonomi akan dibuka secara berperingkat sepanjang PKP

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju untuk membuka semula beberapa sektor ekonomi terpilih secara berperingkat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Perdana Menteri berkata, bagaimanapun sektor terbabit perlu mematuhi garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan ketat yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Saya faham bahawa ekonomi negara kita terjejas kerana sekatan-sekatan yang dibuat terhadap aktiviti perusahaan, perkilangan dan perniagaan sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa,” katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, sebuah jawatankuasa khas Kabinet yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Kanan Pertahankan akan diwujudkan.

Katanya, jawatankuasa tersebut akan meneliti senarai sektor-sektor ekonomi yang terpilih untuk dibuka secara berperingkat.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengumumkan senarai sektor tersebut dalam masa terdekat ini.

“Saya ingin tegaskan bahawa pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud kita melonggarkan perintah kawalan pergerakan.

“Perintah ini masih berkuatkuasa dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi. Jika terdapat pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar peraturan, kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberikan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here