Sektor penerbangan dirancakkan semula selepas PKP tamat 

0
177


KUALA LUMPUR –  Sektor penerbangan tempatan akan dirancakkan semula selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Memetik agensi berita Bernama, beliau berkata, ini kerana penerbangan merupakan antara sektor paling terkesan akibat pandemik Covid-19 yang menjejaskan seluruh dunia ketika ini.

“Sektor penerbangan adalah sektor paling susah seperti dilaporkan (syarikat penerbangan) Virgin Australia telah muflis baru-baru ini.

“Jadi mungkin berlaku satu trend di mana dalam sektor penerbangan (terdapat peraturan) jarakan sosial dan saya khuatir apa yang kita idam sebelum ini untuk keluar dengan keluarga beramai-ramai, tidak tercapai.

“Jadi kita kena hidupkan semula sektor penerbangan tempatan kerana hubungan dengan wilayah dan negeri.. penerbangan ke Sabah dan Sarawak perlu dilakukan, kerana itu janji kita untuk menghantar barang keperluan ke sana, kena ada ‘connectivity’ kerana semua ini melalui udara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Ruang Bicara terbitan Bernama TV, semalam.

Mengulas isu pengusaha bas sekolah tidak tersenarai dalam Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Ka Siong berkata, kementeriannya sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi menyelesaikan perkara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here