9 sektor yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP

0
739

CYBERJAYA – Kerajaan membenarkan pembukaan semula sektor tambahan untuk beroperasi dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sr Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen utama negara petang tadi.

Senarai Sektor Pengilangan; Perkhidmatan yang Dibenarkan:

1-Industri Aeroangkasa

2-Industri Automotif
(terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

3-Industri Mesin dan peralatan

4-Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli.
(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama.
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90 peratus ke atas.
(iii) Kerja-kerja terowong.
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan.
(v) Kerja-kerja cerun.
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak.
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak.
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya.
(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas.
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja.

5-Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan
pembangunan (R&D)

hanya terhad kepada:

-Perkhidmatan berkaitan guaman
-Aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19
-Makmal-makmal ujian (Lab testings) bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja; dan
-perkhidmatan berkaitan minyak & gas

6-Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)

7-Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

8-Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

9-Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri) – Mt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here