‘Selagi tiada vaksin gaya kehidupan rakyat perlu diubah’

0
181

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Aktiviti serta kelaziman gaya hidup rakyat di negara ini perlu diubah selagi vaksin Covid-19 belum berjaya dihasilkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh mengenal pasti vaksin yang berkesan, kaedah kesihatan awam iaitu pencegahan lebih baik daripada rawatan akan digunakan sebagai langkah membendung wabak pandemik itu.

“Pencegahan itu bermaksud cara kelaziman kita hidup dan tingkah laku kita perlu diubah walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

“Kalau sudah ada vaksin yang berkesan, maka setiap daripada kita akan dapatkan vaksin tersebut yang mungkin dapat pertahankan diri dari jangkitan Covid-19.

“Banyak kajian telah dilaksanakan dan kita harap kita akan jumpa vaksin dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here