Selangor batalkan bazar Ramadan

0
110

CYBERJAYA- Kerajaan negeri Selangor membuat keputusan membatalkan bazar Ramadan di negeri itu buat ketika ini susulan penularan wabak Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembatalan bazar Ramadan itu dilakukan selepas perbincangan dilakukan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini.

“Kita akan batalkan bazar Ramadan di seluruh Selangor sehingga masa bersesuaian ditetapkan.

“Jika Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri memberi saranan ia boleh dilaksanakan, kita akan lakukan tetapi buat masa ini kita batalkan terlebih dulu,” katanya.

Amiruddin berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan pagi tadi dan arahan pembatalan akan dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Saya juga sudah berbincang dengan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara dalam talian dan mendengar cadangan mereka mengenai isu ini.

“Saya percaya nanti, mungkin akan ada bazar Ramadan dalam talian, kerana akan ada keupayaan untuk penghantaran atas talian,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here