Semua kawasan zon merah telah dinyah cemar

0
71

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan sebanyak 666 operasi sanitasi awam di 79 zon termasuk 18 zon merah dan 21 zon jingga sejak 30 Mac lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat hari ini, ke semua zon merah telah dinyah cemar.

“Semalam, sebanyak 102 operasi sanitasi yang meliputi 48 zon di 13 negeri termasuk 32 di Johor dan 14 kawasan di Kuala Lumpur telah dijalankan.

“Kawasan yang turut dinyah cemar adalah 514 bangunan kerajaan, 12 Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang melibatkan 16,476 unit rumah dan jumlah keseluruhan PPR yang dinyah cemar adalah 17 yang melibatkan 24,077 unit rumah,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here