Semua mesyuarat agung diarah ditangguhkan

0
167

CYBERJAYA – Kerajaan mengarahkan semua mesyuarat agung tahunan sama ada melibatkan syarikat, koperasi atau persatuan ditangguhkan terlebih dahulu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan wabak Covid-19 yang masih menular dalam negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, namun begitu mesyuarat secara dalam talian atau persidangan video boleh diteruskan seperti biasa.

“Bulan Mei dan Jun nanti banyak mesyuarat agung yang akan dilakukan oleh syarikat, koperasi, persatuan dan sebagainya

“Mesyuarat yang bersidang hari ini memutuskan supaya semua mesyuarat agung itu ditangguhkan sehingga ke tarikh lain selepas dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Ismail Sabri berkata, langkah itu diputuskan bagi mengelakkan pengumpulan orang secara beramai-ramai.

Sementara itu, ditanya sama ada mesyuarat hari ini membincangkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang akan dilaksanakan ketika persidangan Dewan Rakyat 18 Mei ini, katanya, perkara itu akan dibincangkan menerusi mesyuarat Kabinet nanti.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here