Sidang akhbar Covid-19 diawalkan sepanjang Ramadan

0
271

CYBERJAYA – Sidang akhbar harian perkembangan berkaitan semasa Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) akan diadakan lebih awal berbanding kebiasaan sepanjang bulan Ramadan.

Memetik Astro Awani menurut kementerian tersebut, sidang akhbar yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah itu akan diadakan kira-kira pukul 4 petang atau 4.30 petang setiap hari.

Sebelum ini, sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen itu dijalankan pada pukul 5 petang.

Menerusi sidang akhbar tersebut, Dr. Noor Hisham memperincikan status terkini Covid-19 di negara ini termasuk membabitkan kes positif, kematian dan pesakit yang disahkan sembuh sepenuhnya.

Selain itu, beberapa isu lain akan turut diperjelaskan termasuk soalan yang dikemukakan oleh petugas media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here