Simpang Renggam masih dipantau KKM

0
116
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Johor walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kawasan itu ditamatkan esok.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pemantauan akan dilakukan oleh Pejabat Daerah Kesihatan (PKD).

“PKPD di kawasan Simpang Renggam berakhir esok tetapi apa yang paling penting adalah kami akan terus memantau kawasan berkenaan dari semasa ke semasa.

“Ia adalah sebahagian daripada sistem pemantauan kami sedia ada dan pemantauan di bawah PKD,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 di KKM, Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Simpang Renggam, Johor akan ditamatkan esok.

Namun kata Ismail Sabri, PKPD Sungai Lui yang membabitkan pusat tahfiz disambung seminggu lagi sehingga 5 Mei ini. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here