SKMM nafikan 3 berita palsu dalam media sosial

0
182

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyenaraikan tiga berita palsu yang tular sejak beberapa hari lalu dalam media sosial.

Berikut kenyataan penuh dikeluarkan SKMM melalui Pasukan Respon Pantas:

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan Migrant Care (Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat) bahawa kerajaan Malaysia mengusir rakyat Indonesia secara besar-besaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Hospital Segamat, Johor menafikan dakwaan hospital tersebut menghebahkan kes positif Covid- 19 di setiap kawasan daerah Segamat.

Ketua Polis Daerah Penampang, Sabah, Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim menafikan dakwaan kejadian samun di sebuah kedai serbaneka di Putatan, walhal sebenarnya kejadian tersebut berlaku di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada 2019 dan merupakan video lama yang diguna semula.

Menerusi kenyataan itu, SKMM meminta orang ramai melaporkan sebarang berita atau maklumat yang diragui kesahihannya boleh layari laman web https://sebenarnya.my/salur/ dan menyertakan pautan URL dan kandungan mesej yang diterima terima.

“Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Tidak Pasti Jangan Kongsi!,” menurut hantaran itu. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here