SOP baharu di kawasan PKPD – Ismail Sabri

0
221
Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi kawasan yang bakal menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP baharu itu sedang diteliti Kementerian Kesihatan supaya pelaksanaan PKPD akan lebih berfokus.

Beliau berkata, kawasan yang akan melalui pelaksanaan PKPD selepas ini tidak akan membabitkan radius ‘berkurung’ yang terlalu luas sebaliknya tertumpu di kawasan tertentu sahaja.

“Kementerian Kesihatan sebenarnya sedang meneliti beberapa kawasan yang akan dikenakan PKPD tetapi mereka masih perlu membuat penilaian secara terperinci.

“Kali ini kita lebih berfokus. Tidak mahu ambil radius terlalu luas. Mungkin satu kampung terdapat kes positif, tetapi kawasan ditutup luas sehingga 5 hingga 6 kilometer (km) radiusnya.

“Kalau di Lembah Pantai. Kita akan lihat bagaimana, tempat mana dan sebagainya yang perlu dibuat ‘lockdown’ kerana jika dilakukan ia akan melibatkan lockdown sepenuhnya,” dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan SOP baharu mengenai kawasan akan yang dikenakan ‘lockdown’ secara sepenuhnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas peningkatan kes Covid-19 di kawasan Lembah Pantai yang sehingga kini telah mencatatkan lebih 300 kes berdasarkan info grafik yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) baru-baru ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here