Sorok dadah dalam roti

0
142

KLANG- Curiga dengan bungkusan roti dan telur yang dibawa, seorang pemandu e-hailing bertindak menyerahkan barangan itu kepada polis esemasa sekatan jalan raya di Kampung Jawa di sini semalam sebelum menemui dadah di dalamnya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, semasa sekatan jalan raya kira-kira pukul 5.30 petang, pemandu berumur 26 tahun telah menyerahkan satu bungkusan plastik berisi dua bungkus roti dan telur.

“Pemandu e-hailing itu berbuat demikian kerana curiga pelanggannya dari Kampung Jawa sanggup menggunakan perkhidmatannya semata-mata untuk menghantar bungkusan roti dan telur ke Subang Jaya.

“Hasil pemeriksaan mendapati satu peket plastik lut sinar berisi leraian daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 14.11 gram yang disembunyikan dalam roti,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata, keterangan pemandu terbabit telah diambil untuk membantu siasatan.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengesan suspek yang terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here