Sumbangan Zero Hunger di Melaka, Mufti Melaka turut serta sampaikan bantuan

0
365
Mufti Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil (kiri), Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM), Ustaz Firdaus Wong Wai Hung (dua kiri) bersama penerima sumbangan Zero Hunger Malakat Mall di sini.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

MELAKA – Pemberian sumbangan Zero Hunger Malakat Mall akan diteruskan ke utara tanah air dalam masa terdekat bagi membantu keluarga yang terputus bekalan makanan di sana.

Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM), Ustaz Firdaus Wong Wai Hung berkata, antara perancangan pihaknya adalah ke kawasan utara tanah air iaitu Pulau Pinang dan Kedah.

“Walaupun di Pulau Pinang kita ada satu sahabat menghulurkan bantuan kepada mereka memerlukan, kita akan pergi ke sana di samping ke Kedah. Insya-Allah,” katanya kepada MBNews.

Sebelum ini Brainy Ranger Emergency Response Team (BERT) bersama MRM turut menyerahkan sumbangan sekitar Lembah Klang dan terbaharu di Pahang bagi mengedarkan bantuan bekalan makanan asas kepada keluarga yang memerlukan.

Ustaz Firdaus menambah, hari ini pihaknya bersama BERT berada di Melaka bagi mengedarkan bekalan makanan asas kepada kumpulan asnaf dan B40.

Katanya, seramai 420 keluarga menerima sumbangan dari pihak Malakat Mall dan MRM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Katanya, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil turut serta menyampaikan sumbangan kepada mereka memerlukan.

“Bila sebut asnaf atau B40 ini bermaksud bukan sahaja orang Islam yang memerlukan tetapi orang bukan Muslim juga kami berikan bantuan kepada mereka.

“Harap ini permulaan baik untuk mereka dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan kita berada di Melaka ini untuk turut hadir dan menyumbang. Bantulah…Lihat jiran-jiran, ahli kariah mereka yang memerlukan bantuan dan mulakan dengan kawasan paling dekat dengan anda,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here