Swag produk penjagaan lelaki maskulin

0
214

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Kekurangan produk penjagaan lelaki keluaran tempatan di pasaran menjadi titik permulaan buat Mohd Rezailmee Zulkeply menceburi bidang itu dengan membawa jenamanya Swag.

Swag yang merangkumi produk penjagaan lelaki mula diperkenalkan sejak 2015 kini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna di seluruh negara.

“Kenapa kami memilih produk penjagaan lelaki kerana peluang yang kami nampak ketika itu adalah luas memandangkan produk seperti ini Bumiputera Muslim adalah terhad. Jadi kita terpanggil untuk memenuhi permintaan itu.

“Alhamdulillah, setakat ini respons yang kami terima amat menggalakkan. Pada awalnya memang kami bermula dengan pengeluaran pomade, tapi sekarang ia sudah meliputi beberapa produk lain seperti gel mandian, syampu rambut dan deodorant,” katanya.

Jelasnya, selain keluaran Bumiputera, kelebihan produk yang dihasilkan adalah dari segi bahan-bahan yang digunakan dalam setiap produk-produknya.

“Pomade yang kita hasilkan mengandungi minyak argan dan minyak zaitun yang mana ia memberi kebaikan kepada kesihatan rambut dan ini antara produk terlaris kami sejak ia dipasarkan. Manakala syampu pula ada anti bakteria selain wangian yang istimewa.

“Tapi apa yang lebih penting, harga yang kita tawarkan pada setiap produk adalah mampu milik walaupun bahan yang kita gunakan adalah premium,” katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai prestasi perniagaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Mohd Rezailmee akui penjualan produk Swag sedikit perlahan.

“Secara jujurnya memang prestasi penjualan agak perlahan dan ini disebabkan oleh kekangan pengguna untuk bergerak ke kedai untuk membeli barangan, jadi kita ada masalah di situ.

“Produk Swag pun bukanlah termasuk dalam kategori keperluan asas yang utama, jadi kita agak terkesan,” katanya.

Justeru beliau berharap agar situasi negara akan kembali seperti sediakala agar segala perniagaan yang terkesan di negara ini turut pulih.

“Semoga Allah SWT permudahkan cita-cita kami untuk menjadi jenama produk penjagaan diri lelaki nombor satu dalam negara yang mengkhususkan produk-produk berasaskan halal.

“Kita juga berharap akan menjadi pemangkin kepada industri ini secara meluas bukan hanya di dalam negara tetapi juga di luar negara,” katanya.

Selain boleh didapati di kedai 7eleven dan Tesco, Swag juga kini turut dipasarkan di Raudhah Grocer, Malakat Mall.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here