Syarat kemasukan rakyat Malaysia dari Singapura diketahui esok

0
78
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Singapura berhubung proses dan ketetapan kemasukan rakyat negara ini dari negara tersebut.

PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka memutuskan syarat-syarat kemasukan rakyat negara ini dari Singapura selepas Kementerian Luar kedua-dua negara bermesyuarat esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang keputusan dan ketetapan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Singapura perlu dibuat berdasarkan perjanjian antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, antara perjanjian awal itu dengan negara itu adalah mereka (Singapura) perlu melakukan saringan sebelum rakyat negara ini sebelum membenarkan mereka pulang.

“Setakat hari ini yang kita tahu, walapun ada puluhan ribu yang berhasrat pulang, semalam hanya tiga sahaja yang merentasi sempadan.

“Arahan daripada kita adalah mereka tidak boleh pulang selagi tidak mendapat kelulusan yang mengatakan mereka bebas daripada Covid-19 daripada kerajaan Singapura.

“Mereka perlu dikeluarkan surat mengatakan bahawa mereka lepas saringan wabak tersebut,” katanya dalam sidang akbar kementeriannya hari ini.

Bagaimanapun Ismail berkata, terdapat sedikit perubahan pada perjanjian dengan Singapura dan wakil kerajaan akan berunding mengenai syarat yang akan ditetapkan nanti.

“Kita telah meminta Kementerian Luar yang mana mereka sudah pun mempunyai jawatankuasa kerja dengan kementerian luar negara itu untuk berunding dari segi syarat-syarat yang baharu.

“Syarat-syarat baharu yang dipersetujui itu akan diumumkan oleh Kementerian Luar selepas mesyuarat pagi esok,” katanya.

Katanya, buat masa ini kerajaan masih tidak membenarkan rakyat Malaysia memasuki negara ini.

Singapura dijangka melaksanakan tindakan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok menyebabkan ramai pekerja Malaysia mengambil keputusan untuk pulang ke negara ini. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here