Syarikat pemaju bina mesin nyahkuman

0
195

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Siapa sangka syarikat pemaju perumahan terkemuka, Al Ansar IBS PLT tampil membangunkan sistem penyembur nyahkuman automatik dikenali sebagai Al Ansar Disinfectant Spay (ADS).

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, ADS direka cipta oleh anak tempatan dan diketuai oleh beliau untuk membantu kerajaan mengekang rantaian penularan virus dalam kalangan masyarakat.

“Langkah pencegahan adalah lebih baik dan usaha membangunkan sistem penyembur ini penting terutama kepada pasukan barisan hadapan yang bertungkus-lumus memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lancar namun kepentingan kesihatan mereka juga wajar diberi perhatian utama,”

“Pemasangan sistem penyembur pembasmi kuman tersebut dicadangkan di lokasi dan premis yang dikunjungi orang ramai seperti pintu laluan masuk lapangan terbang, hospital, klinik, balai polis, balai bomba, pasar raya, stesen minyak, pejabat kerajaan, pejabat swasta dan kilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhanad Khanafi berkata, ADS ini direka menggunakan kaedah custome made atau dibuat mengikut spesifikasi dan mesra pelanggan yang boleh diubah suai selain mudah alih untuk kegunaan di luar atau di dalam bangunan.

Buat masa ini, beliau berkata, pihaknya menerima tempahan dalam kalangan premis kilang yang beroperasi dan stesen minyak namun ia juga turut menarik pihak persendirian untuk memiliknya.

Menjelaskan kelebihan ADS, Muhamad Khanafi berkata, sistem berkenaan menggunakan formulasi larutan nyahkuman berasaskan dua bahan aktif yang terbukti berkesan secara klinikal untuk membunuh virus.

“Semburannya halus dan sekata meliputi semua permukaan tubuh. Ia juga lengkap dengan lampu indikator sebelum dan selepas penyemburan untuk pembasmian sempurna serta panduan kepada pengguna,” katanya.

Selain ADS, beliau berkata, syarikat itu turut mengeluarkan produk pembersih tangan yang mampu membunuh kuman secara cepat tanpa perlu dibilas atau melekit.

“Ia tidak memberi kesan sampingan ke atas kulit, mematuhi piawaian dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Ia juga digunakan oleh ADS dan turut dijual secara berasingan pada harga RM15 untuk 100 mililiter, RM70 (1 liter) dan RM600 (20 liter),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here