Tahap kesihatan pesalah PKP dipantau

0
64

CYBERJAYA- Tahap kesihatan setiap pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjalani hukuman di semua pusat tahanan sementara akan sentiasa dipantau.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, untuk pemantaun itu, Kementerian Kesihatan akan membantu Jabatan Penjara Malaysia

Beliau berkata, pegawai perubatan akan ditempatkan di pusat berkenaan bagi memantau isu berkaitan kesihatan termasuk keperluan melakukan saringan kepada mereka.

“Kita sudah ada doktor yang akan bantu pihak penjara untuk bekerjasama memastikan kesihatan mereka dipenjara sentiasa dipelihara,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Semalam media melaporkan sebanyak 11 pusat tahanan sementara bagi menempatkan pesalah PKP akan mula beroperasi Khamis ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here