‘Tahniah Masjid Putra Perdana, agih bantuan tanpa mengira agama dan bangsa’

0
125
Antara bukan Muslim yang menerima sumbangan bekalan makanan asas daripada MRM. – Gambar Facebook FIRDAUS WONG WAI HUNG

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Pendakwah bebas, Firdaus Wong dalam akaun Facebook miliknya hari ini berkata, sumbangan bekalan keperluan asas daripada Multiracial Reverted Muslims (MRM) tidak terhad kepada Muslim sebaliknya diagihkan tanpa mengira bangsa dan agama.

“Antara soalan yang mereka tanya kepada kami tempoh hari adalah boleh kami agihkan sumbangan ini kepada penduduk kawasan ini yang belum Muslim?

“Maka kami menjawab, selagi mana mereka makhluk Allah SWT dan memerlukannya, maka berikanlah kepada mereka tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 200 pek makanan sumbangan MRM berjaya diagihkan oleh Masjid Taman Putra Perdana, Puchong kepada golongan yang memerlukan termasuk bukan Muslim.

“Alhamdulilah pihak masjid telah melaksanakan amanah dengan baiknya dan inilah yang kami harapkan agar masjid dilihat sebagai pusat kebajikan penduduk setempat tanpa mengira agama dan bangsa.

“Tahniah Masjid Putra Perdana di atas usaha ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta agar mana-mana masjid dan surau yang memerlukan dana untuk mengedarkan bekalan makanan untuk menghubungi pihaknya.

“Andai ada masjid dan surau yang berminat menjadi pusat pengedaran bekalan asasi tetapi kekurangan dana, sila hubungi kami di 013-3052925 dan kami akan usahakan mengikut kemampuan kami untuk menjayakan misi kebajikan itu. Insya-Allah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here