Tahniah Perlis bebas Covid-19, Lembah Pantai paling tinggi kes aktif

0
205

CYBERJAYA – Perlis menjadi negeri pertama di Malaysia yang diletakkan sebagai zon hijau berikutan tiada kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, kesemua daerah di negeri paling utara tanah air itu berada dalam zon hijau.

Sebelum ini, Perlis merekodkan dua kematian dan 18 kes kumulatif positif Covid-19.

Malah, setakat semalam terdapat empat lagi kes aktif wabak penyakit itu direkodkan.

Dalam pada itu, Kelantan menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila hanya dua dari 10 daerah menunjukkan kes aktif Covid-19.

Dua daerah itu ialah Kota Bharu (enam kes) dan Tanah Merah (satu kes).

Jumlah pecahan kes

Semalam, Rembau, Negeri Sembilan menjadi daerah pertama yang bertukar dari zon merah ke hijau. Mengikut data yang dikeluarkan KKM itu hanya Seremban menjadi daerah yang masih mempunyai kes aktif Covid-19 iaitu 100 kes.

Sementara itu, Lembah Pantai menjadi lokasi zon merah yang dengan kes aktif paling tinggi di seluruh negara dengan 347 kes diikuti Kuching (217 kes) dan Petaling (106 kes). -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here