Oleh SITI AZIELAH WAHI
Aksi seorang perenang melakukan gaya renang di atas katil.
Selepas aksi berbasikal atas katil, sebuah video aksi berenang di atas katil pula mencuit hati warga maya ketika banyak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Video berdurasi satu minit tujuh saat itu memaparkan aksi tiga lelaki berenang dengan gaya kuak dada, dan kuak lentang lengkap dengan goggle dan cap seolah-olah sedang menyertai perlawanan renang.
Tak dapat ke kolam renang, atas katil pun jadilah