‘Tak jatuh miskin kalau bersedekah kepada penghantar makanan’

0
198
Gambar hiasan

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Pelbagai persepsi negatif kini timbul terhadap kerjaya penghantar makanan berikutan mengenakan upah penghantaran yang sedikit tinggi.

Bagaimanapun masih terdapat warga maya berhati perut memahami insan-insan ini yang terpaksa berpanas dan berhujan demi mendapatkan sesuap nasi.

Perkongsian dalam Facebook KeramatTea berkata, selepas merasai sendiri pengalaman penghantaran air kepada pelanggan, pihaknya semakin menghormati mereka yang terlibat menjadi penghantar makanan.

Menurutnya, tidak kira si penghantar makanan itu lelaki atau wanita, mereka memang berbakti menghantar barang kepada pelanggan.

“Kami yang berada di kawasan Keramat dan Setiawangsa ini pun, kadang-kadang terkial-kial lagi cari alamat. Belum lagi cerita bab hujan dan panas sepanjang proses penghantaran.

“Kepada semua ‘riders’ di luar sana yang membanting tulang siang dan malam jelajah semua tempat, kamu semua kami hormat dan terima kasih kerana melakukan kerja-kerja itu. Semoga Allah merahmati kamu,” kongsinya.

Bagi Syed Nizam pula mencadangkan mereka yang menggunakan perkhidmatan ‘runner’ sepanjang Ramadan, tidak salah memulakan dengan ‘having empathy’ kepada mereka.

“Bersedekah kepada ‘runner’? Tambah RM5 atau RM10 dari caj asal mengikut nilai ‘consignment’? Tak jatuh miskinnya kita semua,” katanya.

Berbeza pula bagi seorang lagi warga maya,
Cik Sabrinaa apabila berkongsi pengalaman terpaksa terkejar-kejar membuat pesanan dan membuat penghantaran makanan sendiri kepada pelanggan sejak tiga hari lalu.

Jelasnya, keadaan itu telah membuka matanya selepas melihat ‘ runner’ yang menunggang motosikal sanggup redah cuaca panas untuk menghantar makanan.

“Kalau hujan terpaksa berhenti sekejap. Kadang-kadang sampai makan di perhentian bas seperti yang aku lihat sebelum ini.

“Hanya kerana hendak mencari rezeki kerana dalam kalangan mereka terpaksa cuti kerja sementara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kongsinya yang menghargai kerjaya itu.

Tulis Nor Suhaiza pula, dia mengakui cerita mengenai caj bagi penghantaran makanan sedang panas.

Jelasnya, mungkin disebabkan harga minyak rendah tetapi caj penghantatan tetap mahal.

“Cik kak dan cik abang. makanan nak sampai depan muka kalau boleh nak terus disuapkan ke dalam mulut.

“Nak cari rumah sekian, jauh. Kemudian pusing lagi dua tiga kali. Tak berbaloi ‘runner’tu mencari rumah tau,” luahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here