Tangguhkan buka kedai gunting rambut – Dr. Noor Hisham

0
270
Kementerian Kesihatan meminta kerajaan untuk mengekalkan modul diguna pakai dalam pelaksanan PKP Fasa I dan II termasuk menangguhkan pembukaan kedai gunting rambut.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYEBERJAYA – Kerajaan diminta untuk mengekalkan modul diguna pakai dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa I dan II bagi tempoh lanjutan yang akan bermula Rabu depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia kerana kedua-dua fasa PKP menunjukkan kejayaan menurunkan bilangan kes Covid-19.

Katanya, antara tindakan dilaksanakan membabitkan kawalan sempadan dan pergerakan, larangan perhimpunan serta penjarakan sosial.

“Apa yang penting ialah kita sedang berjuang memerangi Covid-19. Kita masih belum menang tetapi tindakan kita selama ini dapat tanda kejayaan menurunkan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Jadi kalau kita lihat semula, semua tindakan kita seharusnya diperketatkan untuk fasa ketiga. Dari segi perancangan untuk buka atau hadkan pergerakan, KKM mengesyorkan kekalkan tindakan dilaksanakan pada Fasa I dan II.

“Mungkin perancangan (membuka kedai gunting rambut) boleh dijalankan tetapi pelaksanaan ditangguhkan sementara,” katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai cadangan kerajaan membenarkan operasi kedai gunting rambut sepanjang pelaksanaan PKP Fasa Ketiga yang akan berkuat kuasa hingga 28 April ini. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here