TEKUN Nasional mudahkan permohonan pemulihan perniagaan dalam talian

0
348

CYBERJAYA – Usahawan mikro yang terjejas akibat penularan Covid-19 boleh mengemukakan permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) menerusi dalam talian.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, TEKUN Nasional melalui pendekatan mesra usahawan telah memudahcara permohonan skim itu yang mana pada awalnya pemohonan pinjaman melalui kaedah ‘Google Form’ dan e-mel.

Menurut beliau, bagi memudahkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bermula 16 April lalu, permohonan secara dalam talian diwujudkan dan usahawan boleh membuat permohonan dengan mengisi di link http://fas.tekun.gov.my/cbrm/.

Beliau berkata, hanya dokumen yang minimum perlu disertakan dalam permohonan tersebut.

“Menandatangani borang penzahiran (declaration) dan penyata bank terkini (satu bulan), salinan MyKad pemohon dan pasangan, lesen perniagaan SSM/PBT/dokumen lain yang mengesahkan perniagaan dan salinan salah satu bil utiliti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Junaidi, namun begitu berlaku kelewatan kelulusan permohonan atas beberapa faktor.

Beliau berkata, antara faktor tersebut ialah dokumen permohonan tidak disertakan dan maklumat borang permohonan yang tidak lengkap.

“Selain itu permohonan bertindih (pemohon mengemukakan permohonan CBRM lebih daripada sekali dan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meminimumkan pergerakan terutama staf TEKUN Nasional di cawangan.

“Pemohon perlu ke pejabat TEKUN Nasional cawangan bagi menandatangani surat perjanjian apabila permohonan pinjaman telah diluluskan,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk skim itu dan setakat ini hari ini, TEKUN Nasional menerima sebanyak 7,681 permohonan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here