‘Tempoh PKP saya hasilkan 5 pokok bonzai’

0
361

Oleh MOHAMMAD NAIM AZIZ

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak hanya duduk di rumah sahaja tetapi mampu melakukan pelbagai kerja yang boleh memberi manfaat kepada keluarga dan penduduk sekitarnya.

Itu dilakukan seorang pesara kejuruteraan elektrik, Razali Rafie, 64, yang menghasilkan pokok bonzai dengan kos yang rendah dan mampu dimiliki oleh mereka yang meminati tumbuhan itu.

Menurutnya, pokok bonzai mempunyai peminatnya tersendiri dan dalam pasaran dijual bermula RM20 hingga ribuan ringgit seunit mengikut saiz dan kreativiti.

Katanya, berlainan bagi dirinya, dia menghasilkan pokok tersebut pada kos yang rendah dan mampu dimiliki peminat tumbuhan itu.

Tambahnya, penggunaan bahan-bahan terpakai terdiri daripada kain perca, sabut kelapa, polistren dan simen warna mampu menghasilkan pokok bonzai yang menarik.

“Anggaran kos sebanyak RM30 ringgit untuk membeli sabut, simen warna dan jenis pokok akar daun.

“Selebihnya saya hasilkan pasu bonsai ini menggunakan lebihan kain dan polistren”, jelasnya ketika ditemui di kediamannya di Desa Coalfileds, Sungai Buloh.

Sejak bersara sembilan tahun lalu Razali telah banyak menghasilkan seni bonsai yang diklasifikasikan satu cabang seni ukir seperti seni melukis juga.

Menurutnya, seni bonsai ini merupakan salah satu seni melihat dan kepelbagaian sudut menarik boleh dilihat tidak hanya tertumpu pada satu sudut sahaja.

Dia yang telah berkecimpung dalam bidang seni ini sejak lima tahun lalu sebelum tiba waktu persaraan wajib.

“Selepas bersara saya banyak menghabiskan waktu menghasilkan seni bonsai ini. Ada juga tempahan dari penduduk sekitar.

“Lagipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya berjaya menghasilkan lima pasu bonsai,” ujarnya. – MT 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here