Tengku Hassanal sumbang Elaun Diraja untuk Tabung Covid-19 Pahang

0
163

CYBERJAYA – Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan tidak menerima bayaran Elaun Diraja selama enam bulan.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman berkata, bayaran elaun itu adalah bagi tempoh bulan ini sehingga September depan dan akan disalurkan ke Tabung Covid-19 Pahang. 

“Baginda berharap agar bantuan yang dicadangkan dan diluluskan menggunakan Tabung Covid-19 Pahang dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan dengan segera.

“Selain itu, baginda turut bertitah agar seluruh rakyat Pahang sentiasa menjaga kebersihan diri dan keluarga serta mematuhi arahan ditetapkan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik portal Pahang Media sini hari ini.

Menurut Ahmad Khirrizal,  Pemangku Raja Pahang juga mendoakan pesakit Covid-19 di seluruh negara amnya termasuk di Pahang Khasnya diberi kesembuhan yang segera oleh Allah SWT.

“Selain itu, baginda juga berharap kesemua petugas barisan hadapan sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjalankan amanah serta tanggungjawab yang diberikan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here