Terdapat tanda awal Covid-19 boleh pulih -Noor Hisham

0
222

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memberitahu terdapat tanda-tanda awal Covid-19 boleh dikawal.

Bagaimanapun, katanya, ia masih terlalu awal untuk menjangkakan Covid-19 dapat dikawal dengan sebaik mungkin.

“Tetapi apabila lihat graf terkini terdapat tanda-tanda awal ia boleh dikawal. Jadi bagi kita tempoh selama dua minggu.

“Apa yang penting setiap daripada kita perlu perketatkan amalan seperti duduk di rumah, basuh tangan dan lakukan penjarakan yang selamat,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham turut memahami ramai pihak yang terkesan dengan penularan wabak tersebut dan disebabkan itu adalah penting bagi orang ramai mengubah tingkah laku sebelum ini.

Sementara itu, mengulas mengenai unjuran graf yang dibuat oleh Institut Ekonomi Malaysia, katanya, berdasarkan garisan berwarna biru ia menunjukkan jumlah jangkitan kes Covid-19 semakin mendatar.

“Graf berwarna biru itu merupakan kes sebenar yang telah kita rakamkan.

“Jadi nampak warna biru semakin mendatar.
Kita harap dalam tempoh dua minggu kita boleh melandaikan ‘curve’ yang diunjurkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here