Terowong sanitasi troli pertama di Malakat Mall

0
375
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (kiri) meninjau pemasangan terowong sanitasi troli yang dipasang di Malakat Mall untuk pengunjung ke pusat membeli belah itu.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Malakat Mall mencipta sejarah menjadi pusat membeli belah pertama memasang terowong sanitasi troli yang dilihat memberi pelindungan kepada para pelanggannya selepas membeli belah di situ.

Pengasas Malakat Mall, Mohd.Fadzil Hashim berkata, pemasangan terowong sanitasi troli itu bermula daripada cadangan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan untuk memasang di pusat beli belah tersebut.

Katanya, ia adalah cadangan baik dan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rakyat Malaysia diajar memastikan tempat-tempat yang dipegang untuk disanitasi.

“Jika mahu lakukan sanitasi secara manual boleh tetapi ia menyukarkan pengunjung itu sendiri tetapi Allah pilih kita (Malakat Mall) yang pertama (memasang terowong sanitasi troli) di sini.

“Ini adalah salah satu usaha kita. Bukan kata tiada risiko tetapi ini adalah usaha kita menambah baik perlindungan kepada pelanggan,” katanya kepada MBNews di sini hari ini.

Lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, beliau menambah, pemasangan itu boleh menambah keyakinan pelanggan apabila datang ke Malakat Mall dan troli disanitasikan selepas digunakan oleh mereka.

Beliau juga menyatakan ia memberikan satu keyakinan yang lebih kepada pelanggan berbanding tempat lain yang tiada menyediakan sanitasi troli di pusat beli belah.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (depan) mencuba terowong sanitasi troli yang dipasang di Malakat Mall.

“Kami juga sedang melihat dan mengkaji untuk menambah bilangan terowong sanitasi troli di beberapa kawasan Malakat Mall untuk kepentingan pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, usaha yang dijalankan Malakat Mall boleh diikuti pusat membeli belah di luar sana.

Katanya, usaha itu untuk menjaga para pelanggannya yang datang membeli belah di situ.

“Ini kerana ada laporan menyatakan barangan mahupun troli dan pakaian yang dibeli dari luar berkemungkinan tercemar dan mungkin pelanggan itu membawa balik virus ke rumah.

“Dengan adanya terowong sanitasi troli yang dibina dan dipasang oleh pihak ZulDesign dapat membantu selain menjaga pelanggan Malakat Mall,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here